PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman tidak membenarkan penyokong bola sepak membawa lato-lato ketika menyaksikan saingan Liga Super antara Kelantan FC dan Kuching City FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu petang ini.
"Lato-lato diharamkan masuk ke stadium untuk perlawanan petang ini,” kata Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham di laman sosial Facebook miliknya.