DBKL tutup 11 rumah urut disyaki terlibat aktiviti pelacuran

Iklan
Pegawai DBKL menjalankan pemeriksaan dokumen ke atas salah seorang warga asing yang bekerja sebagai tukang urut.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 11 rumah urut disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran ditutup serta-merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi operasi yang dijalankan di Parlimen Kepong dan Seputeh pada Jumaat.

DBKL menerusi kemas kini di Facebook berkata, premis berkenaan diserbu selepas dikesan menjalankan aktiviti tidak bermoral menerusi risikan yang dijalankan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, seramai 18 wanita warganegara asing terdiri daripada tiga warga Indonesia, Thailand (4), Vietnam (1), warga Filipina (2) dan warga China (8) disyaki sebagai tukang urut dan pelayan seks telah ditahan.

Pemeriksaan ke atas rumah urut disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral di ibu kota.

"11 premis berkenaan dikenakan tindakan penutupan serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Iklan

Ujar kenyataan itu, DBKL turut mengambil tindakan memecahkan 35 sekatan bilik yang dibina tanpa kelulusan.

Dinding pemisah antara bilik yang dipecahkan penguat kuasa DBKL kerana didirikan tanpa kebenaran.

"Selain itu, tindakan sita turut dijalankan terhadap 92 barangan dan peralatan digunakan bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral termasuk kondom, minyak pelincir, tisu basah, monitor, modem Wi-Fi, CCTV (televisyen litar tertutup) dan lain-lain.

Iklan

"Barangan yang disita, dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja di sini untuk dokumentasi dan penyimpanan sementara sebelum tindakan lanjut terhadap pemilik premis," katanya.