Amaran hujan lebat tahap buruk di Sarawak hingga Isnin

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Sarawak hingga Isnin depan.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Sarawak hingga Isnin depan.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan keadaan itu diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan dan Mukah.

Iklan
Iklan

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Bintulu (Tatau dan Bintulu), Sarawak serta di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat, Sabah dalam tempoh yang sama.

Sementara itu, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim (Perak), Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor juga dijangka mengalami hujan berterusan (waspada) bermula Selasa (28 Feb) hingga Rabu depan.

Iklan

Keadaan itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

Dalam hantaran itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran kenaikan paras air laut di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan bermula esok hingga Selasa depan yang boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai.

Iklan

Amaran angin kencang dan laut bergelora untuk perkapalan (kategori tiga) dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam (km/j) serta ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter dijangka turut berlaku di perairan Condore, utara Bunguran dan Barat Reef North hingga Rabu depan.

Amaran sama bagi kategori dua dengan angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 km/j dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter pula dijangka berlaku di perairan Samui, Tioman, selatan Bunguran, Timur Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan dan Barat Palawan hingga Rabu depan.

Menurut MetMalaysia, kedua-dua keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai termasuk menangkap ikan, perkapalan, perkhidmatan feri dan pekerja di pelantar minyak. - Bernama