Peruntukan RM59.82 juta rancakkan pembangunan Ketengah

Iklan
Ahmad Zahid (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan tabung bencana gempa bumi Turkiye dan Syria dari Pengurus Besar Ketengah, Datuk Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa (dua dari kanan) kepada wakil dari Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri, Jamal Sharifuddin Johan (dua dari kiri) semasa lawatan kerja ke Ketengah di Bandar Al Muktafi Billah Shah pada Sabtu. - Foto Bernama

DUNGUN - Tambahan peruntukan sebanyak 50 peratus kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) kepada RM59.82 juta dalam Belanjawan 2023 berbanding RM39.8 juta sebelum ini mampu merancakkan pertumbuhan di wilayah itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan itu membolehkan pelbagai agenda pembangunan termasuk projek jaminan bekalan makanan dapat dilaksanakan.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berharap supaya peruntukan berkenaan dapat digunakan secara efektif untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada kira-kira 200,000 warga Ketengah.

Terdahulu Ahmad Zahid turut menyaksikan majlis penyerahan Tabung Bencana Bumi Turkiye-Syria yang disumbangkan melalui kutipan derma daripada warga Ketengah dan anak syarikatnya.

Iklan

Dalam pada itu, beliau turut memberi cadangan supaya pihak pengurusan Ketengah yang menguruskan tiga daerah iaitu Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman supaya memaksimumkan penggunaan sumber yang ada bagi memacu perkembangan di wilayah berkenaan.

Ahmad Zahid berkata terdapat 17 produk dan destinasi pelancongan yang berpotensi yang telah dikenal pasti di wilayah itu yang berpotensi untuk diketengahkan bagi menarik pengunjung dari dalam dan luar negeri, sekali gus dapat menjana ekonomi wilayah.

Iklan

"Tasik Kenyir yang kaya dengan kelestarian alam mempunyai potensi cukup besar jika promosi dilakukan untuk menarik pelancong dari dalam dan luar. Selain itu ia juga pulau bebas cukai yang perlu dimanfaatkan bagi memajukan ekonomi," katanya. - Bernama