Penang FC bangkit ikat KL City 2-2

Iklan
Pemain Penang FC, Santos De Freitas Rafael Vitor (kanan) mengasak pemain Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco (kiri) pada perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini. - Foto Bernama
[KEMAS KINI] PENANG FC berjaya bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk mengikat naib juara Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022, Kuala Lumpur (KL) City FC 2-2 pada aksi sulung Liga Super, walaupun beraksi dengan 10 pemain.

Aksi penuh dramatik di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu, bermula dengan jaringan sepakan percuma kapten pasukan skuad"The City Boys” Paulo Josue, yang menjadi pemain naturalisasi terbaharu, pada minit ke-14.

Skuad Harimau Kumbang kemudian hilang khidmat tonggak pertahanan mereka, apabila pengadil perlawanan Tuan Mohd Yassin Tuan Mohd Hanafiah mengarahkan A Namathevan keluar padang pada minit ke-58 selepas menerima kad kuning kedua ke atas kekasarannya.

Josue, pemain kelahiran Brazil, menggunakan peluang itu untuk meningkatkan jurang menerusi rembatan pada minit ke-71.

Skuad Sang Kenari terus menambah jaringan menerusi Willian Sousa pada minit ke-67, Muhammad Ariff Farhan (84) dan Jonathan Dos Reis (90) untuk kemenangan 4-1 itu.

Perak kehilangan dua pemain selepas pengadil Zulkarnain Zakaria melayangkan kad merah kepada tonggak pertahanan Ahmad Haziq Ahmad Puad pada minit ke-36 kerana mengasari Amirbek Juraboev dan pemain import, Sunday Afolabi pada minit ke-78 selepas mengasari Manuel Hidalgo.

Terdahulu, Kuching City berjaya memulakan debut saingan Liga Super dengan mengejutkan Kelantan 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. - Bernama