Me'nate Steak tawar pakej buka puasa yang menarik

Iklan
Me'nate menawarkan 40 menu buat pelanggan kali ini
PADA Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi, Me'nate Steak Hub yang sememangnya terkenal sebagai restoran yang berkonsepkan makanan Barat masih meneruskan tradisi mengetengahkan pelbagai menu yang lazat.

Istimewanya pada tahun ini, mereka memperkenalkan dua pakej istimewa iaitu set A (premium family platter) dan set B (super premium family platter) masing-masing pada harga RM450 dan RM650.

Anda perlu tahu bahawa setiap satu pakej tersebut boleh dinikmati antara lima hingga enam ahli keluarga.

Iklan
Iklan

Tawaran ini sangat berbaloi dan menjimatkan sangat! Anda juga tidak perlu risau kerana terdapat hingga 11 menu bagi setiap hidangan family platter.

Sebagai tambah nilai, para pelanggan akan diberi akses percuma untuk menikmati hidangan bufet pemanis mulut.

Iklan

Melalui bufet Ramadan pula, Me'nate Steak Hub mempertaruhkan kambing golek buat pelanggan yang menggemari hidangan yang popular ini.

Kambing golek menjadi taruhan pada Ramadan pada kali ini

Iklan

Antara hidangan popular yang boleh dinikmati di Me'nate

Selain itu, mereka terus mengekalkan menu cita rasa tempatan seperti nasi beriani, nasi tomato, mi kari, laksa, mi goreng dan pencuci mulut berupa kuih-muih tempatan.

Kepada peminat kue tiaw, hidangan itu akan 'digoreng panas-panas' sebaik menerima pesanan. Secara keseluruhan, terdapat 40 hidangan yang boleh dinikmati.

Seperti biasa, Me'nate Steak Hub mempertaruhkan cef-cef yang hebat di setiap cawangan.

Bagi memeriahkan kempen Ramadan kali ini, Me'nate yang bertapak di negara ini sejak tahun 2011 melantik dua selebriti terkenal iaitu Shukri Sahar atau lebih dikenali Syuk Raja Lawak dan penyanyi serta pengacara popular, Elly Mazlein atau Kak Lina Pompom untuk menjayakan kempen promosi Ramadan restoran itu.

Pengarah Palace Butcher Resources Sdn Bhd merangkap pemilik Me’nate Steak Hub, Syed Ashraf Syed Ali (dua kiri), Syuk (kanan) dan Elly (dua dari kanan) ketika melancarkan kempen Ramadan di restoran itu di Shah Alam