Ibu kandung, waris dua kanak-kanak dicari

Iklan
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kota Setar sedang mengesan ibu kandung dan waris kepada seorang kanak-kanak dan remaja untuk memudahkan urusan dilakukan terhadap mereka.

ALOR SETAR - Ibu kandung ataupun waris kepada seorang kanak-kanak dan remaja yang ditinggalkan dalam jagaan orang yang layak dan sesuai (OYLS) dicari untuk memudahkan urusan dilakukan terhadap mereka.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar, Siti Zaharah Sulaiman berkata, mereka adalah Nur Qaseh Zulaikha Abdul Rahman, 8, dan Muhammad Ariel Fitri Abdul Rahman,13.

Iklan
Iklan

Siti Zaharah memberitahu, Nur Qaseh yang diserahkan ibu kandung ketika berusia dua minggu kepada keluarga penjaga yang diberikan amanah untuk menjaga serta memelihara dan kini berada di bawah jagaan, Latifah Chin, 60, dari Tongkang Yard, di sini.

"Bagaimanapun, kanak-kanak perempuan ini diserahkan tanpa sebarang surat menyurat dan dokumen penyerahan kanak-kanak yang sah mengikut saluran betul.

Iklan

"Sebagai makluman, kanak-kanak ini dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) namun diklasifikasikan sebagai bukan warganegara berikutan ibu kandungnya adalah warganegara Indonesia yang dikenali sebagai Wah Yuni Warisno dan kini berusia 27 tahun,"katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, kes akan dirujuk mengikut Sub Perenggan 17(1) (e)(i) Akta Kanak-kanak 2001(Pindaan) 2016 kerana didapati kanak-kanak ini mempunyai ibu bapa atau penjaga yang sah.

Iklan

Menurut Siti Zaharah, kes Muhammad Ariel pula dirujuk di bawah Perenggan 17 (1) (E) Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan) 2016 kerana didapati tidak mempunyai ibu bapa kandung atau penjaga sah.

Beliau berkata, Muhammad Ariel diserahkan ibu kandungnya, Sham Norlela Ibrahim ketika berusia 24 hari dan kini berada dalam jagaan Nurul Syazwani Zulkifli, 39, di Taman Wira Mergong, di sini.

Menurutnya, Nurul Syazwani membuat keputusan untuk menjaga Muhammad Ariel memandangkan pada waktu itu dia belum dikurniakan anak walaupun sudah dua tahun berkahwin.

"Nurul Syazwani memberitahu dia cuba menghubungi dan mencari ibu kandung Muhammad Ariel namun wanita itu tetap gagal dikesan,"katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, Nurul Syazwani datang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kota Setar untuk memaklumkan perkara itu memandangkan Muhammad Ariel semakin meningkat dan perlu memohon Mykad.

Siti Zaharah berkata, bagi tujuan siaran media ini, pihak Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di Alor Setar telah membenarkan Pengecualian Sekatan terhadap laporan dan penyiaran media di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2016).

Beliau menyatakan, ibu kandung atau mana-mana individu mempunyai maklumat ibu kandung dialu-alukan menghubungi Pelindung Kanak-kanak PKMD Kota Setar iaitu Mohd Sabri Saad di talian 04-7202370 atau 04-7202352.

"Ia bagi memberikan maklumat yang dapat membantu jabatan dan seterusnya pihak mahkamah dalam membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak terbabit," katanya.