Kes caci soalan Sejarah terpencil, bukan sikap majoriti pelajar

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu. Alimuddin (kiri)

SHAH ALAM - Kes membabitkan pelajar sekolah bersikap biadab kerana tidak berpuas hati dengan soalan Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagaimana tular, adalah terpencil.

Tokoh Pendidikan Negara, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, kes berkenaan juga tidak menggambarkan imej keseluruhan anak-anak muda yang lain kerana ia bukan sikap majoriti pelajar di Malaysia.

Iklan
Iklan

Malah katanya, hanya satu kes sedemikian daripada hampir setengah juta calon SPM di negara ini.

"Kepada calon yang mengambil peperiksaan jangan cepat kecewa dan putus asa, kita tidak tahu jawapan yang diberikan itu mungkin betul, berdoa sahaja," ujarnya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Pada Khamis lalu, tular video memaparkan seorang individu mengeluarkan kata-kata kesat selepas didakwa tidak berpuas hati dengan soalan dalam subjek Sejarah SPM.

Pelajar tersebut turut menghina sebuah negara dalam video tersebut.

Iklan

Tambah Alimuddin, semua pihak termasuk golongan muda dinasihatkan agar berhati-hati dalam memuat naik video bagi mengelak persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

"Kadang-kadang perkara yang direkod dan dimuat naik di media sosial hanyalah sekadar gurauan bersama rakan-rakan.

"Contohnya, pelajar yang tidak dapat menjawab peperiksaan akan mengeluarkan kata-kata hinaan kerana tidak berpuas hati dengan situasi pada masa itu.

"Padahal, ia mungkin sekadar luahan perasaan anak-anak muda tetapi apabila dimuat naik di media sosial dan menjadi viral, perkara tersebut akan memberi persepsi negatif kepada individu terbabit. Jadi, perlu hati-hati," jelasnya.