SEREMBAN - Datuk Seri Mohamad Hasan mengangkat sumpah hari ini sebagai ADUN Rantau selepas menang pada PRK DUN Rantau 13 April lalu pada Persidangan Pertama Penggal Ke dua DUN Ke-14.
Beliau mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar.
Iklan
Iklan
Mohamad ketika mengangkat sumpah hari ini sebagai ADUN Rantau.
Iklan
Pada PRK DUN Rantau Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO mempertahankan kerusi DUN Rantau buat penggal keempat selepas menewaskan tiga pencabarnya.
Mohamad memperoleh majoriti 4,510 undi, selepas mendapat 10,397 undi.
Iklan