SHAH ALAM - Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian letupan melibatkan kerosakan sebuah Perodua Myvi di Padang Jawa di sini pada 17 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan rapi pihaknya.
Iklan
Iklan
"Tindakan melakukan spekulasi sekali gus salah di sisi undang-undang dan memberikan perspektif sebaliknya terhadap siasatan dijalankan.
"Setakat ini, pihak polis masih menjalankan siasatan dari setiap genap aspek dan kenyataan selanjutnya akan dikeluarkan sejurus siasatan lengkap," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Sebelum ini, seramai 10 individu telah dirakam keterangan sebelum ini membantu siasatan berkaitan kejadian tersebut.
Pada 17 Januari lalu, sebuah Perodua Myvi mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dipercayai hasil letupan menggunakan serbuk belerang di hadapan sebuah rumah di Padang Jawa di sini.
Siasatan dijalankan polis mendapati bom yang dihasilkan individu yang berpengetahuan dalam penghasilan bahan letupan tersebut.