IPR bantu peserta raih pendapatan minimum RM2,000 sebulan

Iklan
Rafizi (tengah) bergambar selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di LRT Cempaka, pada Ahad. Turut serta, Amirudin (kanan) dan Aminuddin. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan peserta Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) terdiri daripada golongan miskin tegar, miskin dan B40 berupaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Katanya, IPR dengan sasaran 100,000 peserta itu bertujuan meningkatkan pendapatan tiga golongan tersebut dengan melibatkan kerjasama kerajaan, rakyat dan rakan strategik, sekali gus membantu mereka keluar daripada garis kemiskinan yang ditetapkan pada RM1,900 sebulan.

Iklan
Iklan

"Usahawan tani, contohnya, mereka akan mula merasai pendapatan itu selepas hasil tuaian pertama tanaman mereka tetapi dalam tempoh menunggu hasil tuaian itu, kerajaan akan memberi elaun bulanan sebanyak RM500.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Iklan

IPR merangkumi tiga model iaitu Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) yang diwujudkan untuk menyelesaikan masalah ekonomi harian rakyat.

Di bawah INTAN, Rafizi berkata, kerajaan persekutuan akan menyediakan 800 ekar (323.7 hektar) tanah sebagai permulaan untuk diusahakan oleh peserta usahawan tani sebelum diperluaskan kepada 5,000 ekar (2023.4 hektar) menerusi kerjasama daripada kerajaan negeri.

Iklan

"Saya yakin kerajaan negeri akan menyambut baik inisiatif ini kerana dalam membantu mengatasi masalah bekalan makanan setempat, ia juga mewujudkan peluang pekerjaan di peringkat setempat terutama di negeri-negeri yang banyak berlakunya migrasi atau perpindahan penduduk ke bandar,” katanya.

Justeru, katanya, beliau akan berjumpa dengan setiap Menteri Besar dan Ketua Menteri supaya mereka memperuntukkan tanah di bawah kerajaan negeri untuk pelaksanaan program ini di seluruh negara. - Bernama