Demokrasi dalam UMNO masih subur - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid

GUA MUSANG - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan ramai ahli yang menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan kali ini membuktikan demokrasi dalam parti itu masih subur.

Menurut beliau, situasi tersebut memperlihatkan demokrasi itu kembali subur selepas 2018 setelah UMNO dan BN kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Iklan
Iklan

"Untuk menterjemahkan semula potensi itu maka mereka kembali menawarkan diri untuk jawatan yang dulunya mereka tidak berminat," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Ahad.

Sebelum itu, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengadakan lawatan rasmi ke Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di sini.

Iklan

Menurut beliau, ahli parti melihat potensi UMNO selepas berada dalam Kerajaan Perpaduan.

Ujarnya, potensi kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi, bahagian dan negeri serta nasional diperkukuhkan untuk menghadapi cabaran selepas ini.

Iklan

"Jika semua peringkat diperkemaskan, UMNO akan kembali bangkit untuk merampas semula 53 kerusi yang hilang pada PRU15 lalu di mana UMNO dan BN berada di kedudukan kedua.

"Jika jentera dirombak dengan kaedah komunikasi baharu tidak mustahil kita mampu bangkit," katanya.