Anak Shahrol Yuzy tunjuk belang

Iklan
Shahrol Syazras meraikan kemenangan di Pusingan 1 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2023, pada Ahad.

KEJUARAAN Petronas Malaysian Cub Prix pusingan menyaksikan persembahan hebat daripada pelumba-pelumba Kategori CP150.

Antara mereka, Shahrol Syazras Shahrol Yuzy tampil dengan prestasi hebat dan memberikan kemenangan pertama kepada pasukan Honda Yuzy Estremo Team minggu ini di Litar Sepang Antarabangsa.

Iklan
Iklan

Perlumbaan hari ini bermula dengan Md Akid Aziz dari Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing di petak grid pertama apabila beliau mencatatkan masa terpantas di sesi Superpole dengan catatan masa 1’17:868 saat (s).

Sementara juara musim lepas yang juga rakan sepasukannya, Ahmad Afif Amran mengambil tempat di petak grid kedua dengan catatan masa terpantas 1’18:239s manakala Shahrol Syazras bermula dari petak grid ketiga.

Iklan

Sejurus perlumbaan bermula, Shahrol Syazras sampai ke selekoh pertama dahulu tetapi Afif berjaya memintas di lap pertama.

Akid yang mengambil kedudukan P3 kembali ke P2 di akhir lap kedua, namun lima lap kemudian, pelumba-pelumba di kedudukan belakang mula mengorak langkah.

Iklan

Pada pertengahan perlumbaan, Idlan Haqimi dari Honda Yuzy Estremo Team pula mengambil kedudukan P1 diikuti oleh Afif dan Izam Ikmal masing-masing di P2 dan P3.

Afif yang mendahului para pelumba di lap ketujuh dan kelapan jatuh ke P10 di lap kesembilan dan di dahului oleh Azroy di lap ke-10.

Persaingan bertambah sengit dan ditambah lagi dengan cuaca panas terik, namun begitu, para pelumba terus mengejar untuk kemenangan pertama.

Di lap terakhir, Shahrol berjaya mengambil alih kedudukan P1 dan menjauhkan diri daripada kelompok pelumbanya di belakang.

Dengan keyakinan dan momentum yang mantap, beliau meraih kemenangan pertama dengan catatan masa 14’33:768s.

Menurut Shahrol,"Pada lap terakhir tadi, saya nampak kebanyakkan pelumba mengurangkan kelajuan. Pada pendapat saya, mereka mungkin mencari masa yang bagus untuk mengorak langkah.

Tempat kedua jatuh ke tangan Ahmad Afif Amran dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha – CKJ Racing dengan catatan masa 14’34:025s.

Azroy Hakeem Anuar dari Honda Yuzy Estremo Team mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 14’34:027s.

Sementara bagi kategori CP125, Md Syafiq Rosli dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor menyambar kemenangan untuk pusingan pertama.

Md Syafiq Ezzariq Saiful Nizam dari Jetron Yamaha YYPang Racing Team mendapat kelebihan pada pusingan ini apabila mengambil petak pertama di grid selepas sesi shoot out dengan catatan masa 1’22:286s.

Dengan sokongan yang teguh daripada rakan sepasukannya, Md Khairi Asyraf Mahmood di petak grid kedua, duo sepasukan ini telah memulakan perlumbaan dengan nada positif.

Bagaimanapun, Syafiq ketinggalan sedikit di awal perlumbaan dan rakan sepasukannya Fareez mengambil kedudukan P1.

Di pertengahan perlumbaan, Md Syafiq Rosli dari Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor mara ke kedudukan P1.

Md Syamil Amsyar M Iffende dari Petronas Sprinta Yamaha – 31 Racing yang berlumba untuk kali pertama di kategori ini tampak hebat di kedudukan P4.

Perlumbaan yang sengit pada petang ini telah menyaksikan penukaran kedudukan di antara pelumba-pelumba, namun Syafiq Rosli telah tampil dengan prestasi yang mantap.

Di lap terakhir, Syafiq dan Amirul dari SCK Honda Racing Team kelihatan bergelut untuk kedudukan P1 dan akhirnya Syafiq berjaya dengan catatan terpantas 11’21:598s.

Menurut Syafiq,"Bagi saya, perlumbaan pada petang ini amatlah sengit. Lebih-lebih lagi, dengan para pelumba yang bukan calang-calang orangnya.

"Tetapi pasukan saya telah menyediakan jentera dengan ‘setup’ yang bagus. Walaupun cuaca agak panas hari ini, saya bersyukur kerana mampu menamatkan perlumbaan dengan suatu kejayaan.”

Sementara itu, Md Amirul Ariff Musa mengambil tempat kedua dengan catatan masa 11’21:814s, ketiga milik Syamil Amsyar yang telah mempamerkan potensi di kategori ini dengan catatan masa 11’22:274s.

Sementara itu, Kategori Wira KBS, Amirun Haziq Johan dari Petronas Sprinta Yamaha -31 Racing menyambar kemenangan pertama bagi musim ini.

Sesi"Shoot Out” yang berlangsung pada waktu pagi tadi telah menempatkan Amirun di petak grid pertama apabila beliau mencatatkan masa terpantas 1’26:145s.

Mengikut jejak langkah abang-abang ‘senior’, Amirun tampak hebat di litar pada musim ini biarpun dicabar Ahmad Iqram Danish dari Yamaha Estremo 27 Racing pada lap pertama dan kedua, Amirun kembali ke P1 pada lap ketiga dan telah mengekalkan kedudukannya di lap keempat.

Di lap kelima, Iqram kembali untuk memberikan saingan kepada Amirun.

Dalam pada itu, Raiyan Khardanee M Sanusi mencari peluang untuk memintas rakan sepasukannya, Amirun. Raiyan berjaya di lap keenam, tetapi Amirun yang menaiki jentera nombor 31 menyambar kembali kedudukan di P1 sebelum menyahut kemenangan pertamanya bagi musim ini dengan catatan masa 10’16:519s.

Menurut Amirun,"Ini hanyalah permulaan bagi saya. Pasukan saya telah bekerja keras dalam penyediaan jentera yang bagus untuk pusingan ini.

"Saya berharap bahawa jentera saya akan sentiasa dalam keadaan optimum agar saya dapat meneruskan kejayaan ini di sepanjang musim.

"Para pelumba musim ini telah memberikan saingan yang hebat. Sememangnya tidak mudah bagi saya tetapi saya telah mencuba dan berikan yang terbaik.”

Raiyan mengambil tempat kedua dengan catatan masa 10’16:760s diikuti ketiga adalah Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari Bad Lab Honda KC Racing dengan catatan masa 10’16:899s.