Justin ungguli Cabaran Uganda

Iklan
Justin muncul johan dalam acara perseorangan lelaki Kejohanan Cabaran Antarabangsa Uganda 2023, pada Ahad.

BINTANG badminton dalam pembikinan Justin Hoh mencipta sensasi meraih gelaran juara keempatnya, selepas muncul johan dalam acara perseorangan lelaki Kejohanan Cabaran Antarabangsa Uganda 2023, pada Ahad.

Pada aksi final berlangsung di Arena MTN Kampala itu, Justin yang mula disenaraikan dalam skuad senior November lepas, mudah menewaskan pemain ranking ke-396 dari India, Kanishq M dengan keputusan 21-8, 21-12.

Iklan
Iklan

Kejayaan tersebut sekali gus menyaksikan pemain berusia 18 tahun di ranking ke-111 dunia itu menambah koleksi kejuaraan dalam karier seniornya, selepas menjuarai Bonn International 2022 di Jerman, Terbuka Croatia pada Jun lepas serta Cabaran Antarabangsa Malaysia di Ipoh, Perak pada Disember lalu.

Sementara itu, dalam aksi perseorangan wanita, K Letshanaa turut melakar kejayaan selepas mengatasi pemain Turkiye, Neslihan Yigit 21-11, 21-8.

Iklan
Iklan

Keputusan dilakar pemain berusia 19 tahun itu menyaksikan dia meraih kejuaraan antarabangsa pertamanya untuk tahun ini.