AEON BiG taja NBL 2023

Iklan
Tuanku Syed Faizuddin bersama Tuanku Lailatul Shahreen bergambar bersama wakil pasukan AEON Big-Bubbles02 Liga Besbol Kebangsaan 2023 pada majlis pelancaran liga tersebut. - Foto: Bernama

AEON BiG (M) Sdn Bhd menambahkan seri penganjuran Liga Besbol Kebangsaan (NBL) 2023 apabila diumumkan sebagai rakan penaja untuk kejohanan tersebut.

Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) dalam satu kenyataan berkata, kehadiran AEON BiG serta rakan penaja lain dapat membantu usaha persekutuan itu memartabatkan sukan besbol di negara ini.

Iklan
Iklan

"Liga Besbol Kebangsaan 2023 ini djenamakan sebagai NBL 2023 telah menarik rakan korporat tempatan dan antarabangsa untuk bekerjasama.

"AEON BiG dan BubblesO2 telah diumumkan sebagai penaja utama NBL 2023. Kedua-dua badan korporat tempatan ini telah hadir bersama dengan nilai tajaan sebanyak RM160,000.00,” kata kenyataan itu.

Iklan

Selain AEON BiG dan BubblesO2, NBL 2023 turut menggamit minat pembuatan alatan besbol Korea Selatan, Skyline Sports Inc yang akan membekalkan bola besbol berkualiti tinggi untuk kegunaan NBL2023 dan juga latihan atlet besbol negara

Raja Muda Perlis merangkap Penaung Diraja BFM, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang turut diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyempurnakan majlis pelancaran NBL 2023 yang berlangsung di AEON BiG Wangsa Maju pada Jumaat. Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Iklan

Sejak penubuhan BFM lebih 20 tahun lalu, ini adalah kali pertama liga kebangsaan diperkenalkan yang menyaksikan lapan pasukan akan bersaing membabitkan Perlis, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

"Untuk edisi pertama, lapan pasukan negeri akan bertanding untuk dinobatkan sebagai juara kebangsaan bakal membawa pulang piala pusingan dan wang tunai sebanyak RM5,000,” kata kenyataan itu.