Kumpulan KMDI lantik Nur Nasrin sebagai CEO baharu

Iklan
Nur Nasrin

KUMPULAN KMDI melantik Nur Nasrin Aqmar Mad Nasrun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan baru-baru ini, pelantikan Nur Nasrin memberi ruang untuk KMDI berkembang maju kerana beliau merupakan CEO termuda syarikat berstatus awam.

Iklan
Iklan

Nur Nasrin merupakan graduan terbaik dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti Mornash, Australia.

KMDI adalah syarikat hartanah, pengilangan IBS kenaf dan pembekalan air bersih melalui syarikat induknya KMDI Harta Berhad dan KMDI Holding Sdn Bhd yang kini sedang menjalankan projek perumahan komersial dan perumahan rakyat mencecah nilai RM750 juta.

Iklan

KMDI akan berkembang pesat membuka bandar baru yang akan dijangka melebihi RM1bilion menjelang akhir tahun 2023.

Pengurusan tertinggi KMDI mengucapkan selamat maju jaya atas pelantikan itu, semoga misi dan visi Kumpulan KMDI tercapai dengan jayanya.

Iklan

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Nur Nasrin berkata, moto ‘we build for nation’ menjadi pegangannya dan KMDI.

"Saya mempunyai visi jelas membantu rakyat bumiputra yang miskin memiliki rumah dan air bersih dengan kos yang rendah.

"Bermula dari usia muda dalam bidang pembinaan mengajar saya erti tidak berputus asa bagi menolong buruh-buruh kecil untuk mendapat peluang pekerjaan.

"Saya tahu persaingan merebut peluang pekerjaan bagi mereka semakin sukar. Peluang ini yang saya akan tawarkan di KMDI untuk membantu mereka,” katanya.