[VIDEO] Kerajaan buka kemudahan pintu automatik warga asing di KLIA

Iklan
Kerajaan akan mula melaksanakan penggunaan pintu automatik warganegara asing dari negara berisiko rendah di KLIA. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Saifuddin Nasution)

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mula melaksanakan penggunaan pintu automatik tapisan Jabatan Imigresen untuk warganegara asing dari negara berisiko rendah di lapangan terbang antarabangsa negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku di kaunter-kaunter Imigresen di pintu masuk utama negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebelum ini penggunaan pintu automatik hanya disediakan untuk warganegara sahaja.

"Petang ini saya akan maklumkan pembukaan auto gate (pintu automatik) di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) adalah untuk warga negara asing terutamanya bagi negara berisiko rendah seperti Singapura, Brunei, New Zeland atau negara jiran," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) yang ingin tahu apakah langkah yang dilaksanakan kerajaan bagi mengatasi masalah kesesakan di kaunter Imigresen KLIA yang adakalanya mengambil masa sehingga 3 jam.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, waktu puncak ketibaan pesawat antarabangsa ketika ini adalah antara jam 3 petang hingga 11 malam untuk kekerapan setiap tiga hingga empat minit.

Iklan

"Ia menjadikan proses pelepasan di kaunter Imigresen mengambil masa.

"Kami sedia merencanakan ikhtiar untuk melegakan kesesakan kerana ia bermusim...terutamanya sekarang musim cuti sekolah," katanya.