Sukaneka Perpaduan meriahkan Program Santai@Kuala Lumpur 2023

Iklan
Para pemenang bergambar bersama pada Program Santai@Kuala Lumpur 2023 di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu.

SUKAN Perpaduan sempen penganjuran Program Santai@Kuala Lumpur 2023 yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu ternyata berjaya mengeratkan ukhwah dalam kalangan peserta.

Program tersebut dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan 10 acara sukan tradisional bagi kategori terbuka dan Orang Kurang Upaya (OKU) sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023.

Iklan
Iklan

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Datuk Azmi Abdul Hamid hadir merasmikan program itu yang berlangsung selama dua hari sehingga Ahad.

Program itu bukan sahaja menarik perhatian kanak-kanak, tetapi golongan dewasa juga yang tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan yang diadakan.

Iklan

Acara yang menarik perhatian, antaranya kaki hantu dan tapak gajah. Sukan tradisional lain yang turut dipertandingkan ialah lari dalam guni, lari batu bata, menara kembar, pancing botol dan kelereng.

Salah seorang peserta mengambil bahagian dalam acara boling kelapa pada Sukan Perpaduan sempena Program Santai@Kuala Lumpur 2023.

Program itu dimulakan dengan acara lari dalam guni dan tarik upih. Pasukan yang mendapat markah tertinggi dinobatkan sebagai juara.

Iklan

Banyak kenangan manis dan pahit yang terjadi pada para peserta Sukan Perpaduan itu, malah gelagat dan aksi mereka berjaya menghidup dan menceriakan suasana di lapangan pertandingan.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Pegawai Belia dan Sukan, Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan, DBKL, Yazid Rahim dan Presiden Pertubuhan kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM), Jasmi Shafei.

Bagi juara kategori terbuka, pasukan Cats Hunter muncul juara keseluruhan, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,200.

Pasukan Kewer Kewer yang menduduki tempat kedua menerima wang tunai RM800; pemenang tempat ketiga, Asal Boleh Je meraih RM500 dan pemenang tempat keempat, Chempaka Sari membawa pulang RM300.

Lari dalam guni antara acara yang dipertandingkan pada Sukan Perpaduan sempena Program Santai@Kuala Lumpur 2023.

Rata-rata peserta berharap program itu dapat diteruskan lagi demi menaikkan semula acara sukan rakyat yang jauh ketinggalan.

Malah, mereka turut mengucapkan terima kasih khasnya kepada DBKL yang menyediakan platfrom penganjuran program seumpama itu untuk warga kuala lumpur terutamanya golongan OKU.

"Selain terus memperjuangkan permainan tradisional, program ini turut memberi ruang dan peluang kepada masyarakat khususnya di Kuala Lumpur merasai kembali keseronokan bermain permainan tradisional.

"Ia secara tidak langsung kita berada pada landasan yang betul untuk memartabatkan kembali permainan tradisional kepada masyarakat.

"Inilah keunikan permainan di Malaysia, dapat menyatukan kita semua menjadi sebuah Keluarga Malaysia,” kata salah seorang peserta yang menyertai program tersebut.