Angka korban tanah runtuh di Brazil meningkat kepada 65

Iklan
Laporan Sinar Harian.

SAO PAULO - Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh di Sao Paulo Brazil, meningkat kepada 65 nyawa setakat ini, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

Mangsa maut termasuk 19 kanak-kanak, menurut kerajaan negeri dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Pasukan tentera, bomba, sukarelawan dan anggota penyelamat masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat bagi mengeluarkan mayat dan menjejaki mereka yang masih hilang.

Kira-kira 2,440 penduduk yang hilang tempat tinggal terpaksa dipindahkan ekoran risiko kejadian tanah runtuh.

Iklan

Pada Ahad, jalan raya telah dibuka semula selepas ditutup akibat tanah runtuh dan kerosakan akibat ribut.

Bagaimanapun, lebuh raya yang menghubungkan Mogi da Cruzes dengan Bertioga akan ditutup selama enam bulan kerana sistem perparitannya terjejas.

Iklan

Pada 19 Februari, Bertioga, Caraguatatuba, Guaruja, Ilhabela, Sao Sebastiao dan Ubatuba dilanda hujan lebat dalam tempoh masa kurang 24 jam.

Dianggarkan sekitar 4 juta rakyat Brazil tinggal di 14,000 kawasan yang berisiko dilanda bencana alam, menurut data Kementerian Integrasi dan Pembangunan Wilayah Brazil. - Bernama