Islamofobia punca nasib saudara Islam sukar dipelihara

Iklan
Zambry - Foto Bernama

SHAH ALAM - Sentimen terhadap Islamofobia yang tidak dibendung akan memberi kesan buruk dan menyebabkan nasib saudara sesama Islam seluruh dunia sukar dipelihara.

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, hak kebebasan bersuara yang diberikan kepada seseorang itu tidak bermaksud mereka bebas untuk menghina agama sesuka hati.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan aspek prinsip universal dalam menghormati agama.

"Kita perlu mengakui bahawa perbuatan Islamofobia bukan sekadar kebencian atau prejudis terhadap umat Islam. Ia adalah pelanggaran secara terbuka terhadap hak asasi manusia.

Iklan

Menurut Zambry, umat Islam mempunyai hak untuk menyuarakan pendirian mereka tanpa rasa takut atau risau berdepan soal diskriminasi.

Jelasnya, hal itu juga telah termaktub dalam undang-undang antarabangsa yang berada di bawah hak asasi manusia.

Iklan