Seramai 410 peserta TOT belajar cara mudah faham al-Quran

Iklan
Tetamu, tenaga pengajar dan peserta Seminar TOT menunjukkan sokongan kepada World #QuranHour 1444H di Auditorium Al-Azim Melaka.

MELAKA – Seramai 410 orang menyertai Seminar Training of Trainers (TOT) Kaedah Asas Tadabbur al-Quran: Menelusuri Rahsia Firman-Mu di Auditorium Al-Azim Melaka, di sini, 25 Februari lalu.

Seminar anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Pertubuhan Rumah Ngaji Ummah Ikhlas Melaka dan Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd (ASISB) ini dihadiri oleh para asatizah yang terpilih dari seluruh Melaka, penggerak Rumah Ngaji dan Sahabah Al-Quran.

Iklan
Iklan

Majlis penutupan perasmian seminar tersebut disempurnakan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Dakwah JAIM, Ustazah Noorhafizah Ibrahim yang mewakili Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat.

Che Sukri dalam teks ucapannya berkata, Seminar TOT Cara Mudah Faham Al-Quran adalah memberi ilmu tambahan kepada para asatizah bagi memahami dan mentadabbur al-Quran dengan harapan dapat bersama membangunkan masyarakat dengan panduan al-Quran.

Iklan

"Dalam membangunkan komuniti yang baik, al-Quran hendaklah dibaca, difahami dan diamalkan dalam kehidupan kita. Surah Al-Insan menjadi surah pilihan bagi semua program #QuranHour tahun ini dengan membawa mesej Memanusiakan Ummah."Ini selaras dengan motto kerajaan ke arah Malaysia Madani yang memfokuskan kepada keharmonian masyarakat, pembangunan mampan dan tadbir urus yang baik.”

"Pihak JAIM berharap kerjasam dalam membangunkan masyarakat berteraskan al-Quran dapat digiatkan lagi pada masa akan datang."Semoga Melaka dan negara menjadi contoh dengan rakyat dan pemimpin yang baik ke arah Baldatun Tayyibatun warabbun ghafur (Negeri yang baik dengan Rabb (Tuhan) yang Maha Pengampun),” katanya.

Iklan

Pengisian seminar sehari tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF dan Pengerusi ASISB, Fazrul Ismail dan Jurulatih Utama ASISB, Coach Mohd Jamil Abdul Wahab.

Antara tajuk yang diketengahkan antaranya Fungsi al-Quran; Bagaimana berinteraksi dengan al-Quran?; dan Praktikal Tadabbur & Tazakkur Tahap 1.

Peserta diberi pendedahan untuk bertadabbur dan bertazakkur Surah Al-Insan untuk mengenali diri sebagai hamba ALLAH dan menjadi al-abrar.

Sementara itu Penyelaras Pertubuhan Rumah Ngaji Ummah Ikhlas Melaka, Nooratikah Amir berkata peserta dapat memanfaatkan ilmu tadabbur dan tazakkur untuk memahami isi kandungan al-Quran pada peringkat asas. Kaedah tersebut boleh dipraktikkan untuk meningkatkan penghayatan Kalam ALLAH, terutamanya menjelang Ramadan ini.

Pada majlis yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkongsi misi Surah Al-Insan bertemakan Memanusiakan Ummah kepada diri, keluarga, tempat kerja, masyarakat, negaeri dan negara. Ia menjadi tambah nilai dalam kehidupan untuk jadi lebih baik.

"Pihak WUIF yang membawa kempen gerakkan al-Quran sejak 2013 berharapkan kerjasama semua pihak. Kempen tahun ini memilih Surah Al-Insan agar menjadi solusi kehidupan kita. Al-Quran menjadi ubat paling mujarab untuk kita.

"Tanggal 22 Ramadan 1444H bersamaan 13 April ini, World #QuranHour akan diadakan secara serentak di seluruh dunia. Surah Al-Insan mengajak kita untuk menetapkan semula jadi lebih baik dengan karakter al-Abrar atau orang suka berbuat kebajikan kerana ALLAH SWT.” Untuk maklumat lanjut mengenai program #QuranHour, sila layari Facebook World QuranHour.