Potter sedar kedudukan terancam

Iklan
Potter mahu para pemain Chelsea bangkit memperbaiki prestasi bagi mengharungi aksi seterusnya. - Foto EPA

KEDUDUKAN jurulatih Chelsea, Graham Potter kian terancam selepas The Blues tewas buat kali ketiga berturut-turut di pentas domestik dan Eropah dalam tempoh 10 hari.

Perkara tersebut diakui pengendali berusia 48 tahun itu dan akur dengan kekalahan terbaru 0-2 kepada Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada malam Ahad kerana menganggap ia sebahagian daripada tugasnya.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan keputusan, saya menerimanya. Ia sebahagian daripada tugas ini,” katanya.

Dalam aksi itu gol kemenangan Spurs dihasilkan menerusi jaringan Oliver Skipp dan Harry Kane pada babak kedua perlawanan.

Iklan

Di sebalik kekalahan itu pemilik Chelsea masih memberi sokongan terhadap Potter walaupun hanya merakam dua kemenangan daripada 15 perlawanan.

Mengulas kemungkinan sokongan itu akan merudum ekoran kritikan peminat terhadapnya Potter akur dia tidak boleh berbuat apa kerana ia adalah perkara biasa dalam bola sepak.

Iklan

"Persoalan itu akan timbul, anda tidak boleh menghalangnya.

Kita bercakap mengenai rancangan Arsenal All or Nothing dan dua tahun di bawah Mikel (Arteta) ketika dia hampir dipecat.

"Ia dilihat sebagai malapetaka tetapi ia sudah berubah ketika ini. Jika anda lihat situasi Jurgen (Klopp), prestasi merosot dan tiba-tiba mereka mahu dia dipecat.

"Ia perkara biasa dalam bola sepak. Sumbangan kepada kelab belum cukup dan saya perlu mendapat lebih kepercayaan. Saya akur dengan keadaan itu,” ujar Potter.

Beliau juga mengakui tidak gembira dengan keputusan tersebut, namun bertekad untuk memperbaiki segala kelemahan bagi mengharungi aksi seterusnya.

"Saya suka skuad ini, mereka ingin lakukan lebih baik dan mahu menang. Namun ketika ini kami sedang bergelut dan ia tanggungjawab saya.

"Keputusan tidak cukup bagus untuk kelab ini dan kami tidak gembira. Kami akan cuba memperbaikinya. Pemain-pemain sudah memberikan yang terbaik,” kata Potter.