UMNO Pasir Puteh yakin kredibiliti Asyraf Wajdi

Iklan
Gambar dari kiri: Asyraf Wajdi, Zawawi

KOTA BHARU - Perwakilan UMNO Pasir Puteh melahirkan keyakinan terhadap kredibiliti Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang kekal memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu bagi penggal 2023-2026.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman turut menyifatkan Asyraf Wajdi adalah seorang individu yang berprinsip dan bekerja demi masa depan parti.

Iklan
Iklan

"Kita yakin dengan prinsipnya menolak jawatan kerana tujuan utama adalah menjaga parti dan bukannya kepentingan diri," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, dalam tempoh sepenggal memegang jawatan itu, Asyraf Wajdi banyak berjasa dan turut menjaga UMNO ketika saat sukar.

Iklan

"Beliau bekerja bukan atas faktor nama dan pangkat selain turut mengangkat martabat UMNO Pasir Puteh kerana dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO," katanya.

Sebelum itu, Asyraf Wajdi melalui Facebooknya pada Isnin berkongsi mengenai pelantikan beliau sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian untuk dua penggal berturut-turut selepas menang tanpa bertanding.

Iklan

"Alhamdulillah dan terima kasih kepada UMNO Pasir Puteh kerana memilih saya menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian buat dua penggal berturut-turut. InsyaAllah akan melaksanakan amanah ini sebaiknya," tulis beliau di media sosial itu.