Punca kematian kanak-kanak Orang Asli belum diketahui

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Ahad. Gambar kecil: Dr Zaini

GUA MUSANG - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) masih menunggu laporan hasil bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian seorang kanak-kanak Orang Asli dari Pos Balar di sini pada Sabtu lalu.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, bedah siasat ke atas mayat Henry Stegen Heryak, 2, itu dilakukan di Hospital Gua Musang pada hari sama.

Iklan
Iklan

"Pakar Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II datang ke hospital di daerah itu untuk melakukan proses tersebut.

"Keputusan masih belum diperolehi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Iklan

Jenazah kanak-kanak lelaki tersebut dibawa ke Hospital Gua Musang dengan penerbangan ihsan daripada Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Dia dikatakan sakit sejak Jumaat dan hanya menyusu dengan kuantiti yang sedikit.

Iklan

Pihak bomba pada awalnya menerima arahan untuk melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) bagi membawa mangsa ke hospital namun kanak-kanak itu meninggal dunia sebelum pesawat tiba di lokasi.

Penerbangan ihsan yang dilakukan oleh Unit Udara JBPM pada Ahad bagi membawa seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli berusia dua tahun dari Pos Balar.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi kanak-kanak perempuan dari Pos Balar yang diterbangkan Unit Udara JBPM pada Ahad ke Hospital Gua Musang kerana berkeadaan lemah, batuk, selesema, panas badan dan muntah didapati deman kerana jangkitan kuman.

"Kanak-kanak perempuan itu masih lagi dirawat di wad dan keadaannya bertambah baik,” kata Dr Zaini.