IPIC, Aabar PJS setuju bayar AS$1.8 bilion kepada MoF Inc, 1MDB

Iklan
Kementerian Kewangan.

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah mencapai satu penyelesaian mengenai pertikaian mereka dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) mengenai prosiding undang-undang di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.

Menurut Kementerian Kewangan, dalam hal ini, IPIC dan Aabar PJS dari Abu Dhabi telah bersetuju untuk membayar AS$1.8 bilion (kira-kira RM8.06 bilion) kepada MoF Inc dan 1MDB.

Iklan
Iklan

"Susulan penyelesaian ini, Malaysia dan Abu Dhabi berharap untuk terus bekerjasama demi kemakmuran dan manfaat ekonomi kedua-dua negara pada masa depan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. - Bernama

Iklan
Iklan