Izham tetap bersemangat walaupun terima jahitan di kepala

Iklan
Izham mengalami kecederaan di kepala selepas bertembung dengan pemain NSFC, Hasbullah Abu Bakar sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. - Foto Facebook Sri Pahang FC

PENJAGA gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi Roslan tekad bangkit selepas pulih daripada kecederaan kepala setelah bertembung dengan pemain Negeri Sembilan FC (NSFC), pada aksi Liga Super di Paroi pada malam Ahad.

Pemain berusia 32 tahun itu memaklumkan mengenai keazamannya itu di laman sosial Sri Pahang FC pada Isnin.

Iklan
Iklan

Izham tampil menerusi video yang dimuat naik di Facebook dan Twitter dalam keadaan kepalanya berbalut sambil memberitahu menerima beberapa jahitan.

"Saya akan bangkit pada perlawanan akan datang dan terima kasih kepada peminat, kawan yang mendoakan saya," katanya.

Iklan

Suami kepada selebriti, Mia Ahmad itu mengalami kecederaan di kepala selepas bertembung dengan pemain lawan, Hasbullah Abu Bakar hingga menyebabkan dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Insiden berlaku pada minit-minit akhir babak pertama dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Iklan

Pada aksi tersebut, pasukan tuan rumah terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Casagrande pada minit ke-21 sebelum Abdul Malik Mat Ariff menjaringkan gol penyamaan buat skuad Tok Gajah pada minit ke-48.