Subsidi telur ayam diteruskan hingga Jun

Iklan
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneruskan penyediaan subsidi bagi telur ayam sehingga Jun 2023 melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion.

KPKM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, kerajaan melalui mesyuarat Jemaah Menteri mencapai kata sepakat untuk meneruskan penyediaan subsidi bagi telur ayam itu pada 17 Februari lepas.

Iklan
Iklan

"Langkah ini diambil demi memastikan bekalan telur ayam dalam negara kekal stabil, sementara kajian mengenai mekanisme dan dasar penyaluran subsidi secara bersasar dapat dimuktamadkan dalam tempoh masa terdekat," menurut kenyataan itu.

Menurut KPKM, keperluan untuk membawa masuk telur ayam dari luar negara juga akan dikaji semula setelah bekalan telur ayam kembali stabil.

Iklan

KPKM berkata, pihaknya sentiasa memantau keperluan bekalan telur ayam dalam pasaran dan terus berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam dalam negara stabil seperti sedia kala. - Bernama

Iklan