ROM - Sekurang-kurangnya 100 orang dikhuatiri maut temasuk 12 kanak-kanak selepas bot dinaiki mereka pecah dipukul ombak semasa dalam perjalanan ke Crotone, Itali pada Ahad.
BBC melaporkan, bot membawa 200 penumpang terdiri daripada warganegara Afghanistan, Pakistan, Somalia, Syria, Iraq dan Iran.
Iklan
Iklan
Mayat pendatang ini ditemui bergelimpangan di pantai pusat peranginan tepi laut berdekatan wilayah Calabria.
Pengawal pantai berkata, 80 orang ditemui masih hidup manakala selebihnya dikhuatiri maut atau mati lemas dalam insiden itu.
Pihak berkuasa kastam berkata, salah seorang mangsa masih hidup telah ditahan atas dakwaan pemerdaganggan manusia. - Agensi