Banyak 'kerja rumah' buat Selangor

Iklan
Yazan menyumbat gol kemenangan buat Selangor FC ketika mengatasi Kelantan United FC 1-0 dalam aksi Liga Super di Petaling Jaya pada Ahad. - Foto Facebook Selangor FC

JURULATIH Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui para pemain memerlukan masa untuk membentuk persefahaman mantap bagi mengharungi saingan panjang Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Biarpun menang pada aksi pertama Liga Super setelah mengatasi Kelantan United FC 1-0, namun pengendali berusia 55 tahun itu masih belum berpuas hati dengan tahap kecergasan sebahagian pemain.

Iklan
Iklan

"Banyak kerja yang kita perlu buat terutamanya daripada segi persefahaman antara pemain. Terdapat situasi yang mana mereka hilang bola dan Kelantan United melakukan serangan balas yang cukup berbahaya.

"Kita tahu daripada segi persiapan pasukan kita belum stabil lagi, sebab itu saya terpaksa membuat beberapa pertukaran,” katanya.

Iklan

Dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu, gol kemenangan skuad Gergasi Merah dihasilkan menerusi ledakan Yazan Al-Arab pada minit ke-40.

Mengulas aksi sulung itu, Cheng Hoe sudah menjangkakan pasukan lawan beraksi secara bertahan dan melakukan serangan balas pantas.

Iklan

"Satu perlawanan yang sukar kerana kita sudah buat analisis. Kita dapati corak permainan mereka adalah bertahan dan melakukan serangan balas mengejut.

"Apa yang penting kita dapat tiga mata yang cukup berharga. Ia petanda positif buat pasukan,” katanya.

Menyentuh prestasi pemain import termasuk Yohandry Orozco dan Ayron, Cheng Hoe memberitahu mereka masih baru dalam skuad dan memerlukan masa untuk meningkatkan prestasi serta membentuk keserasian dengan rakan sepasukan.