Klinsmann pengendali baharu Korea Selatan

Iklan
Jurgen Klinsmann - Foto AFP

LEGENDA Jerman, Jurgen Klinsmann dilantik sebagai pengendali baharu Korea Selatan, umum persekutuan bola sepak negara itu pada Isnin.

"Saya sangat gembira dan berbesar hati menjadi pengurus pasukan bola sepak Korea. Kami sedia maklum bahawa pasukan bola sepak Korea telah lama berkembang.

Iklan
Iklan

"Kami akan melakukan yang terbaik untuk membawa keputusan positif dalam Piala Asia akan datang dan Piala Dunia 2026,” kata Klinsmann dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, pengendali berusia 58 tahun itu bersetuju dengan perjanjian selama tiga tahun setengah yang akan membawanya melalui Piala Dunia 2026.

Iklan

Klinsmann sebelum ini berkhidmat sebagai pengurus untuk Amerika Syarikat (AS), Jerman, kelab Bundesliga Bayern Munich dan Hertha Berlin.

Sementara karier, Klinsmann membuat penampilan untuk beberapa kelab Eropah, termasuk Inter Milan, Tottenham Hotspur dan Bayern Munich.

Iklan

Klinsmann juga sebahagian daripada anggota pasukan kebangsaan Jerman yang memenangi Piala Dunia 1990 dan Euro 1996.