Hussien menghadap Sultan Selangor

Iklan
Baginda (tiga dari kiri) berkenan bergambar bersama Hussien (dua dari kiri) dan S Sasikala Devi (tiga dari kanan).

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan di Istana Bukit Kayangan, di sini.

Beberapa keping gambar pertemuan Sultan Selangor dengan Ketua Polis Selangor yang baharu itu dikongsikan melalui hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Dato Hussein, 52 tahun, lulusan Ijazah Sarjana Sains Siasatan Forensik, Universiti Leicester, United Kingdom merupakan bekas Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan telah berkhidmat hampir 27 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Selangor berkuatkuasa pada 24 Februari 2023," menurut hantaran itu pada Selasa.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) berkenan menerima menghadap Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan di Istana Bukit Kayangan, di sini.

Iklan

Menurut facebook rasmi Selangor Royal Office itu lagi, turut menghadap baginda ialah Timbalan Ketua Polis Selangor yang baharu, Datuk S Sasikala Devi Subramaniam.

Pada Jumaat, Hussien dilantik sebagai Ketua Polis Selangor mengambil alih tugas itu daripada S Sasikala Devi yang memangku jawatan Ketua Polis Selangor sejak dua bulan lalu.

Iklan

Majlis serah terima tugas diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, di sini dengan upacara disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.