Gempa bumi Turkiye: 200 kontraktor ditahan

Iklan
Keadaan gempa bumi di Turkiye.

ANKARA - [DIKEMAS KINI] Pihak berkuasa Turkiye menahan hampir 200 kontraktor atas dakwaan melakukan kerja pembinaan bangunan tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan kerajaan, sehingga puluhan ribu bangunan ranap dalam bencana gempa bumi dahsyat awal bulan ini.

Menurut Kementerian Kehakiman Turkiye, seramai 626 individu dinamakan sebagai suspek yang dikaitkan dengan kejadian bangunan runtuh sepenuhnya atau rosak teruk berikutan gempa bumi.

Iklan
Iklan

Namun, sebahagian daripada suspek itu sendiri dilaporkan maut dalam gempa bumi tersebut manakala polis kini masih giat memburu yang lain.

Antara individu yang ditahan termasuk seorang Datuk Bandar yang mana bandarnya terjejas teruk akibat gempa bumi itu.

Iklan

Sabtu lalu, Menteri Kehakiman Bekir Bozdag berkata, bukti sudah dikumpulkan dan 184 suspek ditangkap selain 113 waran tangkap dikeluarkan berkaitan kerja-kerja pembinaan di seluruh negara itu.

Gempa bumi kuat berukuran 7.8 skala Richter yang melanda tenggara Turkiye pada 6 Februari lalu telah menyebabkan lebih 5,700 bangunan di zon bencana ranap sehingga menimbulkan persoalan mengenai integriti struktur di beberapa kawasan di wilayah yang terjejas.

Iklan

Bencana alam itu turut meragut kira-kira 50,000 nyawa termasuk di negara jiran, Syria. - Agensi