Azalina pengerusikan Pasukan Khas Reformasi Institusi

Iklan
Azalina

KUALA LUMPUR - Pasukan Khas mengenai Reformasi Institusi telah ditubuhkan pada Januari lalu untuk meneliti, mengkaji dan mencadangkan pembaharuan termasuk mekanisme pelaksanaan reformasi tersebut bagi pertimbangan Jemaah Menteri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pasukan khas itu dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Iklan
Iklan

"Bengkel Reformasi Institusi telah diadakan pada 17 Januari 2023 melibatkan Agensi Kerajaan dan kumpulan Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memberi fokus kepada reformasi perundangan dan institusi Negara.

"Siri libat urus bersama-sama kementerian, jabatan atau agensi berkepentingan akan diteruskan bagi memuktamadkan cadangan reformasi institusi yang ingin dilaksanakan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) yang meminta Perdana Menteri menyatakan butiran khusus berkaitan reformasi komprehensif terhadap sistem dan institusi negara, termasuk reformasi Parlimen.

Tambah Fadillah, Kerajaan Perpaduan yang dipimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim memandang serius agenda reformasi institusi dan akan mengambil tindakan yang tuntas bagi merealisasikan agenda ini.

Iklan

Malah katanya, kerajaan akan memastikan sebarang reformasi yang dilaksanakan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan.

Fadillah dalam masa sama turut menjelaskan, kerajaan turut berhasrat mewujudkan sistem dan pengurusan pilihan raya yang berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi yang diterima oleh semua pihak sebagai ‘Bebas, Adil dan Telus’.

"Selanjutnya, suatu Jawatankuasa Khas Kabinet telah diwujudkan pada tahun 2022 untuk meneliti syor-syor ERC untuk pertimbangan Jemaah Menteri dalam masa terdekat,” katanya.

Azalina pada Disember lalu memaklumkan kerajaan bercadang menubuhkan Pasukan Khas mengenai Reformasi Institusi merangkumi pemegang taruh berkaitan dalam tempoh terdekat.

Katanya, penubuhan pasukan terbabit bertujuan menjalankan kajian serta senarai cadangan membabitkan reformasi institusi untuk dibentangkan kepada Kabinet