Penganggur didakwa edar dadah RM2.16 juta

Iklan
Tertuduh (dua dari kiri) tiba di Mahkamah Majistret Kluang, pada Selasa.

KLUANG - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa, atas empat pertuduhan mengedar 43.17 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM2.16 juta, dua minggu lalu.

Tertuduh Ng Kah Jun, 27 mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di dalam bahasa Mandarin, namun tiada pengakuan direkodkan dihadapan Hakim Mujib Saroji.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar 37.42 kg dadah jenis ekstasi, selain 3.24 kg eramin lima dan 2.5 kg dadah ketamin.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam lebih kurang 1.30 petang, di sebuah rumah di Jalan Bidara 2, Taman Suria, di sini, pada 16 Februari lalu.

Iklan

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama.

Sekiranya disabitkan kesalahan tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup selain dikenakan tidak kurang 15 sebatan.

Iklan

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurfara Fazilun Izylin Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 3 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan laporan kimia selain tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.