Malaysia mempunyai banyak monumen yang indah dan bersejarah untuk ditawarkan sebagai syurga pelancongan.
Pada tahun 2008 George Town dan Melaka telah diiktiraf secara bersama sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco berdasarkan nilai keunggulan sejagat mempamerkan kepelbagaian budaya yang sebati dalam warisan hidup dan warisan binaan.
Kedua-dua bandar ini menjadi bukti kepada kepelbagaian warisan budaya dan tradisi Asia yang dinamik, di mana banyak agama dan budaya bertemu dan telah wujud bersama. Mereka mencerminkan kehadiran unsur-unsur budaya dari Kepulauan Melayu, India, China dan Eropah yang mencipta seni bina, budaya dan lanskap bandar yang unik.
Kedua-dua bandar tersebut mempunyai pelbagai reka bentuk rumah kedai dan rumah bandar yang luar biasa.
Bangunan-bangunan ini juga menunjukkan jenis dan pembangunan bangunan yang pelbagai, ada yang berasal sama ada dari era Belanda dan Portugis.
Ada diantara bangunan warisan tersebut tidak dapat dipulihara dan dipelihara kemungkinan kos yang tinggi.
Pada Belanjawan 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menyalurkan peruntukkan RM50 juta kepada negeri Melaka dan Pulau Pinang untuk terus kekal memelihara tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh Unesco.
Khazanah National Berhad akan menerajui pembentukan Tabung Warisan Negara dalam usaha memelihara warisan negara untuk menarik penyertaan swasta bagi memulihkan bangunan-bangunan warisan bersejarah.