ELON Musk merampas kembali 'takhta' sebagai individu terkaya dunia selepas gelaran tersebut dipegang keluarga pemilik fesyen mewah LVMH, Bernard Arnault.
Sejak permulaan 2023 kekayaan Musk melonjak hampir 70 peratus apabila harga saham Tesla, syarikat kenderaan elektrik miliknya peroleh manfaat rali 100 peratus selepas berada di paras rendah pada bulan Januari.