Dewan kecoh, MP Kota Melaka bangkit isu kontrak libatkan keluarga bekas PM

Iklan

BERITA SEMASA 28 FEBRUARI 2023

Persidangan Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa berlaku penyelewengan dalam pemberian kontrak melibatkan menantu Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga menimbulkan kemarahan pihak pembangkang.

Iklan
Iklan

Akibat tuduhan itu juga, bekas perdana menteri itu turut bangun menafikan perkara tersebut kerana mendakwa ia merupakan satu fitnah jahat yang direka untuk mencalar maruahnya dan keluarga sedangkan perkara itu sudah dinafikan sebelum ini malah telah membuat laporan polis.

Bagaimanapun, dewan kembali tenang apabila Ahli Parlimen Kota Melaka akur dengan arahan Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong Yieng supaya menarik balik tuduhan itu.

Iklan

Artikel: https://bit.ly/3kCcmBN

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Iklan

#BeritaSemasa #SinarHarian #Parlimen