Sukan SEA 2023: Isytihar status kesihatan, elak isu doping

Iklan
Mohd Nasir

PENGURUS setiap pasukan digesa mengisytihar status kesihatan lengkap semua atlet ke Sukan SEA Kemboja sebagai langkah mengelakkan isu doping di temasya dwitahunan yang berlangsung pada Mei ini.

Ketua Kontinjen Malaysia Sukan SEA Kemboja 2023, Datuk Mohd Nasir Ali berkata, ia susulan kebimbangan pihak pengurusan terhadap atlet dengan penyakit asma yang dikhuatiri gagal ujian doping akibat pengambilan ubatan tertentu.

Iklan
Iklan

Justeru katanya, semua atlet perlu mengemukakan borang kesihatan Pengecualian Penggunaan Terapeutik (TUE) supaya pihak Institut Sukan Negara (ISN) mengambil maklum isu kesihatan mereka selain mencari alternatif perubatan yang tidak akan mengganggu ujian doping.

"Dari segi persiapan, atlet harus membuat pemeriksaan perubatan sebelum pergi dan mereka harus memaklumkan bahawa mereka ada asma, jadi ISN akan membuat persediaan tertentu.

Iklan

Mengulas mengenai situasi terkini wabak Influenza A virus subjenis H5N1 yang meragut dua nyawa di Kemboja, Mohd Nasir menasihati semua pihak agar tidak panik kerana ISN akan mengambil langkah keselamatan terhadap semua atlet.

"ISN akan bawa 35 pegawai perubatan dan sembilan doktor namun kami menyarankan agar ISN menambah bilangan doktor,” katanya.

Iklan

Pada masa sama, beliau mengingatkan pengurus pasukan agar bersiap siaga untuk berdepan cabaran logistik dan penganjuran secara umum di Kemboja, yang buat julung kalinya menjadi tuan rumah sukan dwitahunan itu.

Katanya, ia berikutan sukan itu berlangsung pada waktu kemuncak cuaca panas berdebu dijangka mencecah suhu 42 darjah Celsius yang boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.