Rafizi tidak tolak kemungkinan GST dilaksana semula

Iklan
Rafizi Ramli - Foto Awani

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mungkin akan dilaksanakan semula apabila sudah tiba masanya, kata Rafizi Ramli.

Menurut Menteri Ekonomi itu, pelaksanaan semula GST seharusnya bersifat lebih progresif.

Iklan
Iklan

"Pandangan saya mengenai GST ialah apabila tiba masanya, ia adalah sesuatu yang kita perlu lihat tetapi sebelum itu, kita mempunyai laluan yang mencukupi untuk tempoh 12 hingga 15 bulan akan datang untuk memperbaiki perkara yang berada dalam kawalan kita.

"Sebagai contoh, kita (kerajaan) mampu menguruskan perbelanjaan kita dengan lebih baik kali ini,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Rafizi menjelaskan, pelaksanaan semula GST itu tidak seharusnya dijadikan sebagai langkah kerajaan untuk meraih tabung kerajaan yang lebih tinggi.

"Ini hanya akan menyebabkan belanjawan negara dan kewangan awam dalam keadaan lemah yang berterusan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada forum ekonomi anjuran alumni penjawat awam di ibu negara pada Selasa.

Tambahnya, terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan sebelum keputusan untuk melaksanakan semula GST dengan lebih berkesan dan bukan sekadar untuk meraih kutipan cukai yang lebih tinggi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula GST yang telah dimansuhkan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). - Awani