Kronologi pembunuhan kejam Abby Choi

Iklan
Pasukan polis sedang memeriksa rumah sewa yang dijadikan lokasi melupuskan mayat Abby Choi (foto kecil).

HONG KONG - Kematian tragis model dan selebriti media sosial Abby Choi telah menarik perhatian media massa di seluruh dunia sejak minggu lalu, apabila empat daripada suspek termasuk bekas mertuanya ditahan reman tanpa diikat jamin pada Isnin berhubung pembunuhan itu.

Hampir seminggu selepas model itu dilaporkan hilang, polis meneruskan usaha mencari Choi di mana pasukan penyiasat menemui tengkorak dan beberapa tulang rusuk dipercayai milik model itu dalam periuk sup besar di sebuah rumah kampung di Tai Po.

Iklan
Iklan

Sumber sebelum ini berkata, pembunuhan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pertikaian dengan bekas suami Choi, Alex Kwong Kong-chi dan keluarganya berhubung harta bernilai jutaan dolar di kawasan kejiranan ekslusif di Bukit Kadoorie, kejiranan Ho Man Tin.

Siasatan polis menunjukkan model berusia 28 tahun itu dan kemudiannya berkahwin dengan anak pengasas restoran terkenal didapati merancang menjual hartanah yang dibeli atas nama bekas bapa mertuanya.

Iklan

Walaupun Choi berjanji menempatkan semula bekas suaminya dan keluarga mertuanya di tempat lain, keputusan itu dikatakan mencetuskan pertikaian dengan mereka.

Berikut adalah kronologi membawa kepada kematian tragis Choi

Iklan

12 Februari

Bekas bapa mertua Choi, Kwong Kau juga bekas polis dipercayai dalang pembunuhan telah menyewa rumah kampung di Lung Mei Tsuen.

Mangsa dilaporkan hilang pada 12 Februari dan menurut sumber polis, pemandu Choi dan bekas abang iparnya, Anthony Kwong Kong Kit dipercayai memandu kereta ke Bukit Kadoorie untuk bertemu model itu dan menjemput anak perempuannya dari bekas suaminya.

Tetapi, model dilaporkan hilang pada Selasa lalu selepas dia didapati tidak muncul dan menjemput anaknya.

Semasa menerima laporan orang hilang, pasukan penyiasat menghubungi abang dan ibu-bapa bekas suami Choi. Namun, siasatan mereka terbantut apabila ketiga-tiga suspek memberikan kenyataan palsu dan mengelirukan.

22 Februari

Satu siasatan polis menunjukkan bekas bapa mertua dan abang iparnya pergi ke Tanah Perkuburan Kekal China Junk Bay.

24 Februari

Pegawai polis menemui beberapa angota tubuh badan Choi di apartment tingkat bawah rumah di kampung itu yang disediakan dengan teliti untuk memotong mayat sebelum sisanya dilupuskan.

Polis turut menemui pengisar daging, gergaji elektrik dan dua periuk sup berisi tisu manusia bersama dua jenis pencincang, penukul, pelindung muka, baju hujan dan beg tangan berwarna unggu milik Choi.

Kaki mangsa dipercayai ditemui dalam peti sejuk, tetapi kepala, tubuh badan dan tangannya masih hilang ketika waktu itu.

Kemudian, polis menahan bekas abang ipar Choi dan bekas bapa mertuanya serta mengesan bekas suaminya yang berusia 28 tahun.

25 Februari

Polis menahan bekas suami Choi di Jeti Pembangunan Tung Chung pada jam 1 petang Sabtu selepas mengetahui rancangannya melarikan diri menaiki bot laju.

Pada hari sama, pasukan itu disertai anjing pengesan mengeledah tanah perkuburan sama untuk mencari saki baki anggota tubuh Choi yang masih hilang.

Anggota dari Unit Tugas Khas Flying Tigers juga dikerahkan melancarkan usaha mencari di kawasan tadahan air di tapak itu.

26 Februari

Polis menemui tengkorak dan beberapa tulang rusuk dipercayai milik Choi pada Ahad dalam periuk sup besar.

Periuk sedalam 50 sentimeter (cm) ditutup dengan lemak tebal itu mengandungi daging manusia bersama beberapa lobak merah manakala tulang kecil ditemui dalam bekas berasingan.

Pakar Forensik juga menemui lubang di bahagian belakang tengkorak bersaiz 6.5 cm x 5.5 cm. Polis mengesyaki ia mungkin hentakan untuk membunuh Choi selain percikan darah dalam kenderaan tujuh muatan tempat duduk yang menunjukkan di dibunuh di dalamnya.

Bekas suami Choi, bapa dan abang iparnya didakwa membunuh pada hari sama, manakala ibu mertuanya dikatakan menyedari rancangan itu turut didakwa kerana bersubahat.

Dalam perkembangan lain, suspek kelima dipercayai bekas kekasih bapa mertua Choi turut ditahan kerana membantunya menyewa apartment tingkat bawah rumah kampung itu.

Wanita bernama Ng yang bekerja sebagai tukang urut dan menjalin hubungan dengan bapa mertuanya kira-kira enam bulan lalu, disyaki menyewa sebuah rumah flat di West Kowloon untuk membantu menyembunyikan bekas suami Choi.

27 Februari

Bekas suami, abang dan ibu bapa mertua Choi semuanya telah direman di penjara tanpa dibenarkan ikat jamin selepas dihadapkan ke mahkamah pada Isnin atas tuduhan membunuh dan memberi maklumat palsu. - Agensi