DBKL sita gerai, khemah ditinggal di tepi jalan

Iklan
DBKL mengambil tindakan menyita sembilan gerai serta khemah perniagaan ditinggalkan di sekitar Danau Kota dan Taman Melati.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan menyita sembilan gerai serta khemah perniagaan ditinggalkan selepas berniaga di tepi dan bahu jalan termasuk menghalang laluan pejalan kaki di sekitar Kuala Lumpur.

DBKL dalam kenyataan berkata, operasi itu dilaksanakan 18 orang anggota penguat kuasa dan kakitangan Pejabat Cawangan DBKL di bawah Seksyen 46(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 di sekitar Danau Kota dan Taman Melati.

Iklan
Iklan

"Peniaga dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana didapati membina struktur kekal di laluan awam, menyambung bekalan elektrik secara 'haram' dari tiang lampu awam dan meninggalkan peralatan perniagaan di tapak.

"Tindakan seumpama ini akan diteruskan dari semasa kesemasa terhadap mereka yang melanggar peraturan," menurut DBKL dalam kenyataan itu di laman Facebooknya pada Rabu.

Iklan

Jelas DBKL, kesemua peralatan perniagaan yang di sita telah dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja, Kuala Lumpur.

Iklan