IKMa perkasa modal insan koperasi dari Lendu ke London

Iklan
Gimik Pelancaran Minyak Kelapa Dara telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor.

MELAKA - Kisah dan pengalaman Koperasi Keluarga Hajah Che Me Melaka Berhad (KOCHEME) mengikuti latihan dan bimbingan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dalam tempoh tiga tahun kebelakangan, diterjemahkan melalui Program Bicara Kejayaan Koperasi: KOCHEME Dari Lendu ke London pada Selasa.

Program itu bertujuan menguar-uarkan kisah kejayaan yang telah dikecapi oleh salah satu koperasi yang dibimbing dan diberi latihan keusahawanan bermula ketika wabak Covid-19 melanda dunia.

Iklan
Iklan

Program dihadiri seramai 300 peserta terdiri daripada anggota koperasi dan usahawan seluruh negara itu disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Ali Mansor, Ketua Pengarah IKMa.

IKMa dalam satu kenyataan berkata, program di bawah produk bimbingan IKMa, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) itu, turut memberi kefahaman tentang kaedah pelaksanaan latihan terhadap koperasi agar berimpak tinggi.

Iklan

KOCHEME telah mengambil peluang mengikuti kursus anjuran IKMa yang diadakan secara dalam talian bertajuk"Virtual Tourism: Norma Baharu Bisnes Pelancongan” pada 22 hingga 24 Jun 2021.

Kursus yang diikuti selama tiga hari itu telah menarik minat KOCHEME untuk mendapatkan bimbingan secara bersasar daripada IKMa melalui Bengkel Live Online Virtual Tourism untuk melaksanakan projek pelancongan menerusi tiga fasa.

Iklan

Produk keluaran Koperasi Keluarga Hajah Che Me Melaka Berhad (Kocheme) yang berjaya menembusi pasaran United Kingdom melalui www.ukhalalstreet.com.

Fasa pertama melibatkan promosi produk pelancongan koperasi secara dalam talian. Kemudian melalui fasa kedua, mereka dibimbing untuk menerima tetamu secara fizikal. Pada fasa terakhir, mereka diberi pendedahan mengenai jaringan perniagaan antara individu dan organisasi yang dianggap sebagai prospek kepada perkhidmatan dan produk yang ditawarkan.

Jelas IKMa, melalui bimbingan yang diikuti oleh KOCHEME, mereka berjaya mengeluarkan produk dan menembusi pasaran di United Kingdom melalui www.ukhalalstreet.com.

"Namun, bimbingan yang diikuti oleh KOCHEME tidak terhenti setakat penghasilan dan penjualan produk semata-mata.

"IKMa menyasarkan koperasi yang dibimbing dapat melaksanakan bisnes dengan penglibatan komuniti setempat dan memastikan koperasi yang melaksanakan bisnes itu berdaya tahan secara mampan,” katanya.

IKMa berharap program berkenaan dapat menjayakan visi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan unggul yang bersatu, makmur dan bermaruah.

Katanya, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan penubuhan koperasi dan menjadikan koperasi sebagai satu platform untuk menghebahkan perkhidmatan serta produk yang ditawarkan oleh gerakan koperasi kepada orang awam.