2 maut, 140 cedera gempa bumi 5.6 skala Richter landa Turkiye

Iklan
Orang ramai berjalan di hadapan bangunan runtuh selepas gempa bumi kuat di Adıyaman, Turki pada Selasa. - Foto EPA

ANKARA - Dua orang maut manakala 140 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda wilayah Malatya, tenggara Turkiye pada Isnin, menurut Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Türkiye pada Selasa.

Seramai 40 mangsa telah dimasukkan ke hospital, 12 daripadanya dilaporkan dalam keadaan serius, menurut AFAD dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Gempa bumi dengan kedalaman 6.96 kilometer, berpusat di daerah Yesilyurt.

Wilayah Malatya adalah antara 10 wilayah di Turkiye yang dilanda bencana dahsyat pada 6 Februari, hingga mengorbankan lebih 44,000 orang dan menyebabkan puluhan ribu hilang tempat tinggal. - Bernama

Iklan
Iklan