Iran minta sekatan anti-Syria ditamatkan

Iklan
Aziz Asmar, Anees Hamdoun, Bushra Hamed dan Salam Hamed mengecat sekeping dinding bangunan runtuh di kampung Al-Milan di bandar Idlib di Syria pada Sabtu. - Foto EPA

NEW YORK - Iran meminta sekatan anti-Syria ditamatkan serta-merta dan tanpa mengenakan sebarang syarat, ekoran gempa bumi dahsyat melanda negara itu awal bulan lalu.

Duta tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amir-Saeed Iravani juga meminta bantuan kemanusiaan ditingkatkan bagi mengurangkan bencana kemanusiaan yang berlaku di negara itu.

Iklan
Iklan

"Gempa dahsyat baru-baru ini telah meningkatkan lagi krisis kemanusiaan yang sebelum ini telah wujud, disebabkan semua infrastruktur di Syria telah musnah dan situasi ini menjejaskan keupayaan rakyat untuk mendapatkan akses kepada keperluan asas,” Agensi Berita Republik Islam (IRNA) memetik kenyataannya ketika Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di Syria pada Selasa.

Diplomat kanan itu menambah bahawa peningkatan bantuan kemanusiaan tanpa sebarang agenda politik, dan penamatan sekatan adalah perlu bagi memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada golongan yang memerlukan ekoran keadaan yang semakin sukar di negara itu.

Iklan
Iklan

Iravani berkata bahawa Iran adalah antara negara pertama yang menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Syria dan Turkiye dengan kapasiti penuh. - Bernama