LZS lantik 2, 642 PAF, perkenal tiga kupon fitrah

Iklan
LZS turut memperkenalkan tiga jenis kupon fitrah iaitu RM7 berwarna hijau, RM14 berwarna merah dan RM21 berwarna jingga pada tahun ini

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) melantik seramai 2, 642 orang Penolong Amil Fitrah (PAF) di Selangor sepanjang Ramadan tahun ini bagi memudahkan umat Islam di negeri ini menunaikan zakat fitrah.

LZS dalam kenyataan memaklumkan kesemua PAF yang dilantik telah diberikan latihan khusus berkaitan gerak kerja fitrah dan penggunaan mobile apps yang kini sudah diperluaskan ke seluruh masjid di Selangor.

Iklan
Iklan

"Sesi pengukuhan dan latihan ini telah dijalankan sebanyak 10 siri melibatkan sembilan daerah di Selangor, termasuk dua sesi latihan melibatkan daerah Petaling bermula dari 8 sehingga 28 Februari lalu," menurut LZS dalam kenyataan itu pada Rabu.

Dalam pada itu, LZS turut memperkenalkan tiga jenis kupon fitrah iaitu RM7 berwarna hijau, RM14 (merah) dan RM21 (jingga) pada tahun ini dan warna nilai kupon fitrah ini bersandarkan kepada nilai mata wang ringgit.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk menunaikan zakat fitrah hanya kepada amil yang dilantik oleh LZS dan identiti PAF LZS ini dapat dikenal pasti melalui kad tauliah serta sijil lantikan yang disahkan.