MACHANG - Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mengadakan pertemuan dengan UiTM Holdings Sdn Bhd iaitu syarikat pegangan pelaburan milik penuh universiti itu, minggu ini, kata Pengerusinya, Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose.
Beliau berkata, pertemuan itu bertujuan untuk berbincang serta mendapatkan gambaran sebenar berhubung laporan mengenai kerugian sebanyak RM157 juta.