Isteri Ibnor Riza rayu bantuan kewangan

Iklan
Ibnor Riza - Foto Awani

KUALA LUMPUR - Keluarga Ibnor Riza tidak mempunyai pilihan selain daripada memohon perhatian daripada masyarakat untuk membantu meringankan beban ekoran penderitaan yang dilalui penyanyi terkenal era 1980-an itu.

Menurut Sarimah Sulaiman yang juga isteri kepada penyanyi masyhur dengan lagu Meneka Dalam Kesamaran dan Berdiri Seorang Perindu itu, ketika ini dia sekeluarga benar-benar dalam kesempitan untuk membiayai kos rawatan Ibnor.

Iklan
Iklan

Dalam masa sama, Sarimah meluahkan kebimbangan dengan perkembangan kesihatan suaminya.

"Kami sekeluarga bimbang dengan keadaan semasa Ibnor. Kami mengharapkan doa orang ramai untuk kesihatan suami.

Iklan

"Ibnor adalah ketua keluarga jadi apabila suami jatuh sakit, kami berdepan kesukaran. Saya mohon bantuan untuk menampung kos perjalanan bagi tujuan rawatan suami di hospital.

Kongsi Sarimah, bagi sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan kewangan boleh menyumbang ke akaun bernama Ibnor Riza Ibrahim nombor akaun 114478024958 (Maybank).

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, Ibnor kini dimasukkan ke wad biasa dan masih dalam pantauan memandangkan bengkak pada lehernya masih kelihatan.

"Doktor masih belum ambil sebarang tindakan kerana dikhuatiri memberi kesan kepada jantung,” katanya.

Bulan lalu, Ibnor dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan menghidap 'Vocal Cord Palsy' yang membuatkan dirinya sukar bercakap akibat bengkak dialami pada leher.

Penyanyi berusia 62 tahun itu juga sebelum ini dilaporkan menghadapi pelbagai komplikasi antaranya kencing manis, darah tinggi, migrain dan tahap kolesterol kritikal. - Awani