Kelantan FC yakin raih mata bertemu Sri Pahang FC

Iklan
Mario Arques

KELANTAN FC melaungkan keyakinan mampu mengutip mata sulung ketika bertemu Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Khamis.

Ketua pasukan The Red Warriors (TRW) Mario Arques berkata, moral rakan-rakan seperjuangan kembali berada di landasan terbaik walaupun tewas di tangan Kuching City FC Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

"Kami sudah melupakan kekalahan itu dan kembali fokus untuk bertemu Sri Pahang.

"Walaupun bukan tugas mudah berdepan mereka (Sri Pahang) namun saya optimis Kelantan FC mampu mengutip mata," katanya.

Iklan

Menurutnya, segala kelemahan pada pertemuan dengan Kuching City sudah diperbaiki bagi memastikan misi mendapatkan mata berjaya di capai.

Ujarnya, seluruh barisan pemain TRW perlu kekal positif dalam setiap perlawanan yang bakal diharungi selepas ini.

Iklan

Perancang tengah kelahiran Alicante, Sepanyol itu turut mengharapkan magis daripada penyokong dengan membanjiri stadium bagi memberikan sokongan padu kepada Kelantan FC.

Beliau berkata, sokongan padu itu akan menjadi azimat buat dia dan rakan-rakan sepasukan untuk beraksi dengan cemerlang sekali gus memastikan kemenangan menjadi milik mereka nanti.