171 mangsa banjir dipindahkan di Pahang

Iklan
Keadaan banjir yang melanda kawasan Selancar, Rompin yang dirakam pada pagi Rabu. - Foto: FB POLIS ROMPIN

KUANTAN - Seramai 171 mangsa banjir daripada 49 keluarga kini berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang kembali di buka di negeri ini sehingga jam 5 petang pada Rabu.

Dua daerah terjejas dalam kejadian banjir kali ini melibatkan Rompin dan Maran.

Iklan
Iklan

Berdasarkan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga PPS dibuka di Rompin iaitu di Balai raya Kampung Rekoh menempatkan 122 mangsa, dewan orang ramai Bukit Ibam, 35 mangsa dan tujuh mangsa di balai raya Bandar Perwira Jaya.

Di Maran, satu PPS dibuka di balai raya Jengka 6 menempatkan tujuh mangsa.

Iklan
Iklan

Berdasarkan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), daerah Rompin dan Pekan menerima hujan lebat berterusan (tahap bahaya) sejak Selasa dan dijangka berterusan hingga Khamis manakala hujan lebat berterusan (tahap buruk) berlaku di Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera.