Ukraine nafi terlibat serangan dron di Rusia

Iklan
Kiyv menafikan penglibatan dalam serangan dron terhadap kemudahan infrastruktur di wilayah Rusia- Foto AFP

MOSCOW - Kiyv menafikan penglibatan dalam serangan dron terhadap kemudahan infrastruktur di wilayah Rusia, lapor Sputnik, memetik penasihat presiden Ukraine Mykhailo Podolyak pada Rabu.

"Ukraine tidak menyerang wilayah RF (Rusia)," kata Podolyak menerusi ciapannya di Twitter.

Iklan
Iklan

Pada Selasa, Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa bahawa sistem tentera elektronik Rusia memusnahkan dron Ukraine yang cuba menyerang kemudahan awam di Krasnodar dan Adygea.

Gabenor Wilayah Moscow, Andrey Vorobyov pada Selasa berkata bahawa sebuah dron jatuh di daerah Kolomensky, Moscow.

Iklan

Pihak berkuasa memberitahu Sputnik bahawa dron berkenaan jatuh berhampiran sebuah stesen minyak.

Alexander Bastrykin, ketua Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, mengarahkan siasatan ke atas insiden itu. - Bernama

Iklan